Info Semasa / Current News home
| Perutusan Tahun Baru 2009 |
|
Semoga peristiwa-peristiwa yang berlaku tahun lalu dapat memantapkan perjuangan kita sebagai pendidik dan pelajar zaman globalisasi. Yang manis dijadikan kenangan dan yang pahit dijadikan pengajaran. Adalah diharapkan juga pengalaman tahu lalu akan menjadikan diri kita lebih tabah dalam menjalani liku-liku kehidupan yang penuh dengan dugaan ini.
Tingkatkan integriti kita sebagai pendidik apabila berhadapan dengan pelajar-pelajar, rakan-rakan sejawat, ibu-ibu bapa dan masyarakat setempat. Tingkatkanlah prestasi kerja supaya penambahbaikan akan berlaku berterusan.
Kepada pelajar-pelajar pula, semoga dapat menanam azam baru untuk terus memperbaiki dan meningkatkan prestasi.
Barisan Pentadbir
|
30/04/09
Acknowledgement
Hearfelt thanks and appreciation to Mr. Wong Chek Sheng, a parent of this school, for voluntarily capturing many memorable snapshots during our Hari Anugerah Cemerlang (Excellence Awards Ceremony) on the 28th of March 2009. It is also with gratitude that we recall and would like to acknowledge Mr. Wong’s contribution of photographs during several school events last year, namely ‘Teachers Day Celebration’ and ‘Walkathon 2008’. Special thanks also goes out to Mr. Yong Chor Hon who had helped us to capture some wonderful shots of SMKTD’s annual Sports Day on the 12th of March 2009. Indeed all the photographs taken would be etched in our memory for years to come. Thank you, gentlemen!
|
|
2/05/09
SMKTD’s Chinese Language Debating team...
won the first runner-up trophy at this year’s state level Inter-Secondary School Parlimentary Style Chinese Language Debating Competition. The annual competition which was held at SMJK Confucian recently brought together 16 secondary schools from Kuala Lumpur. The winning team members were Wong Jia Woen, Lee Chern Wei, Ng Jian Wei, Cheong Siew Wen and Lee Chern Khai. Kudos to Wong Jia Woen for winning the best speaker award. Special thanks to Pn Chew Fang Wei, the teacher advisor, for the many hours she had spent in helping the students to prepare themselves for the competition.
|
|
02/05/09
Minggu Kesihatan/Anti-Dadah/HIV/AIDS/
Pencegahan Jenayah
Program-program dan aktiviti-aktiviti yang telah berlangsung pada 6hb-9hb April yang lalu telah mendedahkan kepada para pelajar fakta-fakta mengenai kesihatan diri, jenis dadah, kesan dan tanda penagihan dadah serta jenis-jenis kes jenayah.
Pelajar-Pelajar telah mengetahui cara-cara pencegahan dan menghindari diri daripada terjebak dalam kegiatan penagihan dadah serta jenayah remaja. Diharapkan dengan kesedaran ini mereka akan menjadi pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab ke atas diri, keluarga dan masyarakat.
Disediakan oleh En Yep
|
|
18/04/09
Kejohanan Bola Tampar Zon Bangsar 2009
Congratulations and Well done to the Under-18 Volleyball Team!
Pada 13 hingga 18 April 2009, SMK Taman Desa telah sekali lagi menjadi penganjur bagi Kejohanan Bola Tampar MSSMKL Peringkat Zon Bangsar (L). Kejohanan kali ini telah disertai oleh 14 pasukan bagi kategori bawah 18 tahun dan 11 pasukan dari kategori bawah 15 tahun. SMKTD telah pun muncul sebagai juara bagi kategori lelaki bawah 18 tahun. Selepas mengharungi aksi yang penuh mencabar serta mempamerkan permainan yang amat baik pasukan SMKTD berjaya mempertahankan kejuaraan dengan menewaskan pasukan dari SMK Sri Sentosa . Semoga pasukan bola tampar sekolah akan berjaya di peringkat antara zon pada bulan Mei yang akan datang.(keputusan)
Disediakan oleh Cik Nurhasni Bt Mohd Noor
|
|
03/04/09
Minggu Kerjaya
In conjunction with the Career Guidance Week 2009, the Counselling Department held an Educational fair in which 19 Private Institutions of Higher Learning participated. Prestigious colleges and universities such as KDU, Taylor’s University College and Taylors jumped at the opportunity to promote their respective universities and colleges. This annual fair was designed to give SMKTD’s students an insight into the many courses offered and the different careers options that were available in the employment market. In addition to the Educational Fair, speakers were invited to give talks on choosing a career. Students were furnished with useful information to help them achieve their academic pursuits.
|
|
25/04/09
Latihan Dalam Perkhidmatan kali pertama bagi sesi 2009 bagi guru-guru SMK Taman Desa telah diadakan pada hari Sabtu dari pukul 8.00 pagi hingga 4.00 ptg, bertempat di Auditorium Bestari SMKTD. Selain daripada mengikuti Ceramah Pengurusan Disiplin yang telah disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin, En Syaiful Bahri, guru-guru juga mengikuti Bengkel Semakan Kertas Soalan Peperiksaan Awam. Melalui LDP ini, diharap dapat memantapkan lagi profesionalisme dan kemahiran guru SMKTD ke arah melahirkan modal insan yang berdisiplin serta berkualiti.
|
|
12/03/09
Kejohanan Sukan Tahunan SMKTD kali ke-22 telah dirasmikan oleh Naib YDP PIBG
En. Koh Swee Hyong. Acara bermula pada pukul 7.45 pagi dengan lintas lalu perbarisan yang didahului oleh Pancaragam Briged Putera, diikuti oleh Lembaga Pengawas, Pasukan Unit Beruniform yang lain serta empat buah rumah sukan. Antara acara yang telah diadakan untuk memeriahkan lagi kejohonan kali ini ialah pertandingan perbarisan, acara olahraga, acara pegawai, acara olahraga jemputan antara sekolah dan senamrobik. Rumah Wira (Merah) dan Kadet Polis telah dinobatkan sebagai Juara dalam acara Perbarisan tahun ini. Johan keseluruhan sekali lagi disandang oleh rumah Jaguh (Biru). Tahniah juga diucapkan kepada Albert Chong dan Yoko Watabe kerana berjaya merangkul gelaran olahragawan dan olahragawati terbaik SMK Taman Desa, 2009. Manakala Ang Yong Peng dan Tan Tian Mei pula dinobatkan sebagai Olahragawan dan olahragawati Harapan 2009. Syabas!!!(gambar oleh En. Yong)
Disediakan oleh Pn Desi Andriani |
|
28/03/09
Hari Anugerah Cemerlang
29th Excellence Awards Ceremony
This auspicious occasion was graced by Mr. Chang Kim Loong, AMN, the Chairman of the school’s PTA, who was the Guest of Honour (speech). Teachers, students, parents and PTA members present were in high spirits. Everyone had come together to witness and celebrate the outstanding performance of the students in both last year’s school-based examinations as well as in the public examinations namely the PMR, SPM and STPM. read on
Prepared by Pn. Hannah Rani Sundram
|
12/03/2009
Mesyuarat Agung PIBG
The PIBG Annual General Meeting was held successfully on the 7 th of March 2009. The two main items on the agenda were the election of the new committee members for 2009/2010 and to determine the PIBG and school fees amount for 2009. Mr Chang Kim Loong, AMN, and Mr Koh Swee Hyong were unanimously re-elected the YDP and Naib-YDP PIBG respectively for another term. We warmly welcome three new faces (parents) to the committee: Mr Yeoh Boon Foong, Mr. Suhaimi B Samat and Mdm Tan Gim Sean. We would also like to express our profound gratitude to all the outgoing committee members for their support and contributions. Special thanks to Pn Hannah Rani for her immeasurable contributions as the Honorary Secretary for 2008/2009. Thank you to all parents who attended the AGM. Parents, Teachers and the PIBG, let’s continue to work together for the betterment of your children/our students’ education! | |
10/03/09
Berbakti Berintegriti
Majlis perlantikan Ketua dan Penolong Ketua Tingkatan SMK Taman Desa telah diadakan pada 2hb Mac yang lalu. Majlis telah dimulakan dengan ucapan pengetua, Encik Gan Peng Kheang. Beliau berharap semua ketua dan penolong ketua tingkatan yang telah diberikan amanah dapat menjalankan tugas mereka dengan penuh komitmen. Majlis telah diteruskan dengan penyampaian watikah perlantikan kepada semua ketua dan penolong ketua tingkatan oleh para pentadbir sekolah. Selepas itu ikrar Ketua Tingkatan telah dilafazkan oleh semua ketua tingkatan. Ikrar tersebut telah diketuai oleh Pengerusi Majlis Ketua Tingkatan, iaitu saudara Cheong Yoon Kit dari kelas 6AK. Majlis diakhiri dengan satu sesi penggambaran dengan guru penasihat, Cik Liew serta para pentadbir sekolah....more
Disediakan oleh Cik Liew
| |
 |
20/02/09
Kejohanan Merentas Desa ke 7
Annual Cross Country
After a short warming up session, students were flagged off by our Guest-Of-Honour ,the PTA Chairman, Mr Chang Kim Loong,AMN (speech) and PTA Committee Member Mr Kenneth Ng. After completing a distance of about 3.7km , the first to reach the finishing line for the third consecutive year was none other than Albert Chong of Blue House. Congratulations Albert Chong! He also broke his personal record in the under-20 boys’ category with a time of 16 minutes. The fastest girl was Tan Tien Mei of Red House. The top 20 students of each category were awarded a medal...(winners)
Syabas dan jutaan terima kasih atas kerjasama semua warga SMKTD dan AJK PIBG yang jitu sepanjang kejohanan Merentas Desa ke 7...gambar
Ikhlas : En Ramizu, PK Kokurikulum
|
 |
Bintang Kecemerlangan SMKTD :
Lee Quan Yen(2004-2009)
SMKTD’s Shining Star
Congratulations to Lee Quan Yen for clinching the silver medal in the recent MSSM KL Bangsar Zone Table Tennis Competition. She lost only by a whisker to the defending Champion.
Quan Yen represented the school since 2004. Through sheer hard work and determination Quan Yen managed to keep SMKTD’s flag fying for the past five years! Thank you Quan Yen for your contributions!
|
 |
14/02/2009
Kekal Bersih, Kekal Ceria
Hari Gotong Royong SMK Taman Desa telah dirasmikan oleh Pengetua, En. Gan Peng Kheang dan majlis perasmian telah disempurnakan dengan penanaman pokok oleh En Gan bersama dengan En Koh Swee Hyong, Naib YDP PIBG.
Hari Gotong Royong ini diadakan bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif melalui pemupukan budaya bersih, ceria dan selamat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak PIBG dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana sudi menyumbankang tenaga dan peralatan untuk menjayakan aktiviti Hari Gotong Royong. Terima kasih juga kepada pengurus Kantin SMKTD kerana sudi menaja minuman untuk semua warga SMKTD...(gambar)
Disediakan oleh : Pn Nurul Huda Bt Juwaini
|
.jpg) |
10/02/2009
Selamat Bersara!
Happy Retirement Pn Ng Siew Tuan,
PK Kokurikulum (1999-2008)
On the 9th of January 2009, all the teachers and students of SMKTD gathered at the Arena Wira for a special ceremony to pay tribute to the outgoing Senior Assistant of Co-Curriculum, Pn Ng Siew Tuan who officially retired on the 31st of December 2008 ...more
|
 |
10/02/2009
Congratulations to Loo Wai Kuan…
for his excellent performance in the recent MSSKL Bangsar Zone Under 15 Badminton Tournament. Loo Wai Kuan (Form 3 C) emerged Runner-Up in the boy’s singles. Wai Kuan put up a great fight before losing to his opponent in 3 sets : 21-9, 20-22, 13-21. Last year, he partnered Chow Foo Wah to win the 3rd place in the doubles. He will be representing Bangsar Zone in the Inter-Zone competition which will be held at the end of the month. We are confident that with determination , hard work and coupled with proper coaching, Wai Kuan will be a champion in the near future. Let’s keep SMKTD’s flag flying ! |
2/01/2009
Hari Orientasi bagi murid-murid Tingkatan Peralihan dan Satu yang berlangsung pada 2hb Januari yang lalu telah disertai oleh seramai 300 orang murid bersama ibu bapa mereka. Turut hadir pada majlis tersebut ialah barisan AJK PIBG . Majlis dimulakan dengan ucapan tetamu khas YDP PIBG , Cr. Chang Kim Loong, AMN, diikuti oleh ucapan Pengetua, En Gan Peng Kheang, PK Kurikulum Cik Tee Lee Hwa, PK HEM, Pn Chin Yoke Mei dan Penyelia Petang Pn Lau Bee Yong. Pelbagai persembahan turut disajikan kepada para tetamu. Murid-murid baru juga dibawa melawat sekitar kawasan sekolah oleh guru tingkatan masing-masing...more
Disediakan oleh Pn Desi Andriani
| |
|
Anugerah Sekolah Cemerlang 2008
SMK Taman Desa telah muncul sebagai Naib Johan Peringkat Sekolah Lonjakan Saujana(Quantum Leap) Kategori STPM .
Anugerah ini telah disampaikan oleh Y.B. Dato’ Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia dalam Majlis Hari Kualiti Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4 November 2008. Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai usaha warga sekolah yang berjaya meletakkan SMK Taman Desa Kuala Lumpur ke taraf sekolah berkualiti tinggi khususnya di peringkat STPM.
SMK Taman Desa telah dicalonkan oleh Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan untuk menyertai kategori Anugerah Lonjakan Saujana STPM 2008 berdasarkan kriteria memperoleh100% kelulusan sepuluh tahun berturut-turut.
Teruskan usaha! Kecemerlangan SMKTD dalam kategori ini akan diperluaskan ke peringkat dan kategori lain pada tahun-tahun yang akan datang.
Pengetua : En Gan Peng Kheang
|
|
Feedback and suggestions
We welcome feedback and suggestions to further improve our website. If you have any interesting stories and photographs of school-related events or classroom activities to share with us, please forward them to : info@smktamandesa.edu.my.
Kami mengalu-alukan komen, cadangan, sumbangan karya, idea kreatif, laporan aktiviti dan gambar-gambar berkaitan dengan sekolah untuk dimuatkan di dalam laman web ini.
|
"In whatever you do, do it well, do it with energy, passion and always give your best!"
Mr Chang Kim Loong, AMN, YDP PIBG.
|