Info Semasa / Current News

Pengumuman Keputusan SPM 2009 : 11 Mac 2010 (Khamis). Diagnostik SPM 2010:22 Mac hingga 8 April 2010. Murid-murid Tingkatan Lima, buatlah ulangkaji untuk mencapai keputusan yang cemerlang.



The Go Green Campaign organised by the school's library in partnership with Stamford College Malaysia, MNI and Rotary Club Pudu aims to further increase awareness among teachers and students on the need to recycle. Let's Reuse, Reduce and Recycle to help preserve and conserve our environment!

 

Pemakaian Pakaian Kokurikulum pada setiap hari Rabu waktu persekolahan
Murid-murid hendaklah memakai pakaian seragam kokurikulum yang lengkap atau pakaian seragam kelab/persatuan dalam bentuk baju-T berkolar.
(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2007)

01/03/2010
Keputusan STPM 2009
Congratulations to all our  Form 6 students who have done well in the 2009 STPM Exams! Three subjects namely Pengajian Am, Physics and Biology  recorded 100% passes. With the exception of Ekonomi, the percentage of passes for all subjects had shown significant improvement as compared to 2008. There was also an improvement in the  percentage  of candidates obtaining 4 Principals.(click here to see the analysis of results)


22/02/2010
We warmly welcome you, Pn Cheah Kooi Mei, Penolong Kanan Petang SMK Taman Desa.
Kami  mengalu-alukan kedatangan Penolong Kanan Petang yang baru, Pn Cheah Kooi Mei. Sebelum ini Pn Cheah  merupakan  Ketua Bidang Sains dan Matematik di SMK Seri Saujana, Kuala Lumpur. Kami berharap Pn Cheah  akan meneruskan tugas mantan PK Petang Pn Lau Bee Yong untuk membimbing  murid-murid sesi petang agar terus  berdisiplin dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam kurikulum dan kokurikulum!
Pada kesempatan ini juga pihak sekolah juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat dan jasa Pn Lau Bee Yong yang telah menerajui sesi petang selama 2 tahun 3 bulan. Kami mengucapkan Selamat Bertugas kepada Pn Lau yang akan menyandang jawatan sebagai Ketua Bidang Bahasa di sesi pagi pula.


8/02/2010
Kekal Bersih, Kekal Ceria
Majlis perasmian Gotong Royong Perdana SMK Taman Desa tahun 2010 yang berlangsung pada 6hb Februari yang lalu, telah disempurnakan oleh YDP PIBG, En Chang Kim Loong, AMN (ucapan) dan turut dihadiri Naib-YDP PIBG En Koh Swee Hyong, AJK-AJK PIBG serta DBKL Cawangan Seputeh. Program tahunan ini  bertujuan untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif melalui pemupukan budaya bersih, ceria dan selamat.  Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Kenneth Ng dan sebelas orang pekerjanya  yang bertungkus-lumus membersihkan kawasan belukar di belakang bangunan Blok F . Terima kasih juga diucapkan kepada  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana sudi menyumbangkan tenaga dan peralatan untuk menjayakan program Gotong Royong kali ini.

0/02/2010
Pada 29 Januari yang lalu, Kejohanan Merentas Desa SMK Taman Desa yang Ke 8 telah berlangsung dengan jayanya.
On the 29th of January 2010, the much anticipated SMK Taman Desa’s Cross Country was held amidst an atmosphere of excitement and expectation. The students were grouped according to  their respective sports houses in Arena Wira .The PTA chairman, Mr Chang Kim Loong,AMN, gave his speech and then officiated the event with three blasts of an air horn while the students cheered loudly...report by Natalie 2 B... read on

Setinggi-tinggi tahniah kepada semua yang terlibat dalam penerbitan Majalah Wajah edisi ke-27 khususnya, Sidang Redaksi di bawah Guru Penasihat Cik Chua L.H. Kepada semua warga SMK Taman Desa yang masih belum mendapat majalah sila dapatkan majalah tersebut melalui Guru Tingkatan masing-masing.

04/01/2010
Hari Orientasi untuk murid Tingkatan Satu & Peralihan sesi 2010 SMKTD  telah berlangsung dengan jayanya pada 31hb Disember yang lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan tetamu khas YDP PIBG, Cr. Chang Kim Loong, AMN,  diikuti oleh ucapan Pengetua, En Gan Peng Kheang dan PK Petang, Pn Lau Bee Yong. Setelah itu disampaikan taklimat akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum oleh Penolong Kanan setiap bidang. Murid-murid baru juga dibawa melawat sekitar sekolah oleh pengawas yang bertugas. Pada waktu yang sama diadakan sesi dialog khas PIBG bersama para ibu bapa murid.  Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan majlis kali ini.


Feedback and suggestions
We welcome feedback and suggestions to further improve our website. If you have  any interesting stories and photographs of school-related events or classroom activities to share with us, please forward them to :  info@smktamandesa.edu.my.

Kami mengalu-alukan komen, cadangan, sumbangan karya, idea kreatif, laporan  aktiviti  dan gambar-gambar berkaitan dengan  sekolah untuk dimuatkan di dalam laman web ini.


10/02/2009
Heartfelt thanks to  PIBG members:
We would also like to express our deepest appreciation and thanks to all the PIBG members, especially the Chairman, Mr Chang Kim Loong, AMN and Mr Jeffrey Cheah for their contributions which enabled our school’s website to become a reality. The PIBG has graciously sponsored the cost of the website designing and has also agreed to pay for the annual web-hosting fee. Our sincere appreciation also to all warga SMKTD, without your cooperation and effort, this website would not have been possible. Thank you very much.

older posts
"The secret of joy in work is contained in one word - excellence. To know how to do something well is to enjoy it." Pearl Buck