SMKTD sekali lagi mencipta sejarah dengan memenangi tempat pertama Pertandingan Mencipta Video Merdeka anjuran SKMM. Sebanyak 1282 penyertaan dari 527 buah sekolah menyertai pertandingan ini. Dibawah bimbingan En. Abd Muiez, kumpulan pelajar ini diketuai oleh Mohd Thaqif b Kamarul (4 Sc 1), Tim Koh (4 Sc 2), Wilson Pang (4 Sc 2) dan Mugin a/l Jairajoo dengan tajuk video mereka - MERDEKAKU. Anugerah telah disampaikan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato' Seri Utama, Dr Rais Yatim didalam majlis yang penuh gemilang di Hotel Royale Chulan KL pada 27 Sept 2011 yang lalu. Diharapkan lebih ramai pelajar akan mencontohi mereka mengharumkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.
30/09/2011 Selamat bergraduasi kepada para pelajar tingkatan 6 atas dan para pelajar tingkatan 5 SMKTD 2011. Majlis Graduasi pada tahun ini telah disempurnakan oleh YDP PIBG Dr. Collin Tiew. Majlis turut dihadiri oleh AJK PIBG dan ibu bapa menjadikan Majlis Graduasi pada tahun ini disambut dengan begitu meriah sekali. Warga SMKTD mengharapkan para pelajar sentiasa menghargai dan mengingati kenangan kenangan sepanjang mereka bersekolah disini. Semoga para pelajar menjadi insan yang berguna setelah keluar dari sekolah ini.
29/09/2011 Pada hari ini satu Majlis Doa Restu dianjurkan oleh pihak sekolah bertujuan untuk memberi restu kepada para pelajar yang bakal mengambil peperiksaan PMR, SPM dan STPM pada tahun ini. Majlis dirasmikan oleh Pengetua sekolah, En Gan Peng Kheang. Sebelum itu para pelajar berdoa memohon kejayaan mengikut agama masing. Para pelajar juga dihadiahkan set alatulis untuk peperiksaan sumbangan oleh pihak Koperasi sekolah. Majlis diakhiri dengan sesi bersalam-salaman diantara para pelajar dengan guru-guru memohon restu ilmu yang telah dipelajari.
HAPPY RETIREMENT PN TAN
05/09/2011 Students and teachers of SMK Taman Desa bade farewell to Pn Tan Siew Duan in a simple yet meaningful ceremony. Pn Tan, a truly dedicated and hardworking teacher retired after 33 years of service in the teaching profession. She joined SMK Taman Desa in 1990! Thank you Pn Tan for all your contributions. It is time for you to move on. We wish you good health and joy as you begin the next chapter of your life.
15/08/2011 Program Sambutan Bulan Kemerdekaan ke-54 2011
Sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini telah berlangsung Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan ke - 54 di Arena Wira SMKTD. Majlis Perasmian disempurnakan oleh Pengetua sekolah dengan acara melepaskan burung sebagai simbolik kepada kemerdekaan. Program ini akan berjalan selama sebulan. Berakhir pada 15 September. Antara aktiviti yang akan dijalankan sepanjang sambutan ini adalah hiasan bendera, kuiz kemerdekaan, pertandingan melukis poster, pertandingan mencipta slogan kemerdekaan dan pertandingan pakaian tradisional. Diharapkan dengan adanya program ini warga SMKTD akan dapat menghayati dan mensyukuri nikmat kemerdekaan yang dialami sekarang.
26/07/2011 Kejohanan Balapan & Padang Kali ke-24
The 24th annual Sports day was a success. It was a great day with a friendly but competitive atmosphere. We were blessed with good weather and the grass track was in perfect condition ! The students certainly enjoyed supporting their houses right to the end and those who competed gave their best. Green House (Satria) was the Champion for the second consecutive time followed by Blue (Jaguh ) and Yellow (Waja). In the march past competition, the Cadet Police Corps successfully retained their Champion Trophy and red house, with their very creative banners and mascots was the new champion in the sports house category.
To all SMKTD’s students and staff: Thank you very much for all your contributions and efforts in ensuring the event went on smoothly! Thank you to all PTA committee members and parents for your support too!
11/07/2011 Minggu Pusat Sumber SMK Taman Desa telah dirasmikan oleh PK Tadbir dan Kurikulum, Cik Nur Elisa Tee Lee Hwa. Ia bertujuan untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar, mengasah kemahiran menyelidik melalui pencarian dan penggunaan maklumat secara sistematik. Tema untuk tahun ini ialah Cerita Rakyat.
Once again the Librarians with their extraordinary effort and enthusiasm have transformed the library into a mini exhibition hall! This year’s theme is FOLKLORES or CERITA RAKYAT. Come visit the library today for some fun-filled activities and explore the world of FOLKLORES !
02/07/2011 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia
SMK Taman Desa’s students joined some 4.13 million students from 9,980 primary and secondary schools nationwide in a simultaneous run on the 2nd of July. The Principal, Mr Gan Peng Kheang flagged off the run at the school field at 7.45am. It was held in conjunction with the launch of the "One Student, One Sport" policy by the Ministry of Education. Apart from students, teachers and parents, also took part in the run covering a distance of 1.5km around Taman Desa area.
07/07/2011
Hari Temu Mesra Ibu Bapa (HTMIB) yang berlangsung pada 7hb Julai yang lalu telah berlangsung dengan lancar. Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan iaitu lebih kurang 81 %. HTMIB memberi peluang kepada guru-guru tingkatan dan mata pelajaran bertemu dan berbincang dengan ibu bapa tentang pencapaian akademik dan sahsiah murid. Lembaga Disiplin juga adakan satu kaunter khas untuk bertemu dengan ibu bapa yang ingin mengetahui lebih tentang disiplin anak-anak mereka. Thank you parents for your presence today and thank you for your continued support!
Disediakan oleh Pn Desi Andriani
27/06/2011 Perasmian Minggu HEM
Minggu ini adalah Minggu Hal Ehwal Murid SMKTD. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan HEM SMKTD, Pn. Chin Yoke Mei. Selepas ucapan perasmian, para pelajar telah membaca Ikrar Anti Dadah bersama-sama dan telah dipimpin oleh Sivashangeran a/l Tamil Chelvan. Banyak program akan diadakan sepanjang minggu ini iaitu Pendidikan Kesihatan Oral oleh Extra, Ceramah Denggi oleh Unit Kesihatan DBKL, Ceramah "Juvana" oleh Inspektor Pritam, Seminar Pemakanan Sihat oleh 4 Life Research, Ceramah Anti Dadah dan Anti Jenayah, demonstrasi pertahanan diri oleh Master Saiful dari Kick Start Academy dan pameran. Melalui program ini diharapkan murid-murid dapat memperoleh pengetahuan dan kefahaman mengenai jenis dan kesan penagihan dadah dan jenayah serta cara-cara pencegahan Denggi. Di samping itu diharapkan program ini dapat melahirkan murid-murid yang ada penampilan diri dan keyakinan diri yang positif.
27/06/201121/06/2011 Perasmian Minggu Koperasi
Sepanjang minggu ini adalah Minggu Koperasi SMKTD. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMKTD, En. Ramizu b. Ibrahim dengan bertemakan "Satu Untuk Semua & Semua Untuk Satu". Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang minggu ini seperti kuiz, jualan makanan dan permainan. Para pelajar digalakkan melawat koperasi sekolah dan gerai-gerai yang dibuka dan membeli barangan yang dijual disana.
Feedback and suggestions
We welcome feedback and suggestions to further improve our website. If you have any interesting stories and photographs of school-related events or classroom activities to share with us, please forward them to : info@smktamandesa.edu.my.
Kami mengalu-alukan komen, cadangan, sumbangan karya, idea kreatif, laporan aktiviti dan gambar-gambar berkaitan dengan sekolah untuk dimuatkan di dalam laman web ini.
02/01/2011 Heartfelt thanks to PIBG members:
We would also like to express our deepest appreciation and thanks to all the PIBG members, especially the Chairman, Mr Chang Kim Loong, AMN and Mr Jeffrey Cheah for their contributions which enabled our school’s website to become a reality. The PIBG has graciously sponsored the cost of the website designing and has also agreed to pay for the annual web-hosting fee. Our sincere appreciation also to all warga SMKTD, without your cooperation and effort, this website would not have been possible. Thank you very much.